28.MEMAKAN HARTA ANAK YATIM
Dalam
islam anak yatim bermaksud anak yang ditinggal mati oleh ayahnya semasa
dia masih kecil atau belum dewasa.Orang yang bertanggungjawab atau ahli
waris yang beramanah menjaga dan memelihara anak yatim,jika memakan
harta anak yatim dengan cara yang zalim adalah berdosa besar dan
tergolong orang munafik.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ
ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ أَمۡوَٲلَ ٱلۡيَتَـٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا
يَأۡڪُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ نَارً۬اۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرً۬ا (١٠)
Ertinya:
"Sesungguhnya
orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya
mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula
akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala." (10) (An-Nisa':10)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَأۡكُلُوهَآ إِسۡرَافً۬ا وَبِدَارًا أَن يَكۡبَرُواْۚ وَمَن كَانَ غَنِيًّ۬ا فَلۡيَسۡتَعۡفِفۡۖ
Ertinya:
"Dan
janganlah kamu makan harta anak yatim lebih daripada batas berpatutan
dan(janganlah kamu)tergesa-gesa(membelanjakannya)sebelum mereka
dewasa.Barangsiapa(di antara penjaga)mampu,maka hendaklah dia menahan
diri(daripada makan harta anak yatim)."
(An-Nisa':6)
Para ulama berkata:'
Bagi
setiap wali atau penjaga anak yatim,jika dia berada dalam keadaan
miskin,dibolehkan baginya memakan sebahagian harta anak yatim dengan
cara yang baik menurut sekadar keperluannya sahaja,tidak boleh
berlebihan dan jika berlebihan,maka dia menjadi haram.
29.MEMBUKA RAHSIA ORANG LAIN.
Setiap
manusia tentu memiliki rahsia tersendiri.Dalam,Islam,jika seseorang
mengetahui keburukan orang lian kemudian diceritakan dikhalayak
ramai,maka perbuatan ini adalah berdosa besar dan ciri-ciri orang
munafik.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ
ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِۚ وَٱللَّهُ
يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (١٩)
Ertinya:
"Sesungguhnya
orang-orang yang ingin agar(berita)perbuatan yang amat keji itu tersiar
di kalangan orang-orang beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia
dan akhirat.Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(An-Nur:19)
Islam menyuruh umatnya agar menutup dan menjaga rahsia sesama orang islam yang dikenali.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barangsiapa yang dapat menutup rahsia sesama muslim,maka Allah s.w.t akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."
(HR.Muslim)
30.BERASA AMAN DARIPADA MURKA ALLAH S.W.T APABILA MELAKUKAN DOSA
Apabila
seseorang melakukan sesuatu dosa kemudian dia berasa selamat daripada
murka dan seksaan Allah s.w.t,maka anggapan ini adalah berdosa besar dan
amalan orang-orang munafik.Allah s.w.t akan membalas perbuatan dosa
dengan hukuman seksa di hari kiamat nanti.
Firman Allah s.w.t:
فَلَمَّا
نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ أَبۡوَٲبَ ڪُلِّ
شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُواْ بِمَآ أُوتُوٓاْ أَخَذۡنَـٰهُم بَغۡتَةً۬
فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ (٤٤)
Ertinya:
"Maka
ketika mereka lupa peringatan yang telah diberikan kepada mereka,Kami
membuka semua pintu kesenangan untuk mereka,sehingga apabila mereka
bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka,Kami seksa
mereka dengan sekonyong-konyong maka ketika itu mereka diam berputus
asa."
(Al-An'am:44)
31.MEMANGGIL ORANG DENGAN GELARAN BURUK YANG TIDAK DISUKAI.
Memanggil
seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukai adalah dilarang dalam
islam kerana ia boleh menjejaskan atau menjatuhkan maruah dan nama baik
di kalangan orang ramai.Perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik
dan boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain.
Firman Allah s.w.t:
وَلَا
تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ بِئۡسَ
ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ
فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)
Ertinya:
"Dan
janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk
buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak
bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Hujurat:11)
32.MENGHALANG ORANG DARIPADA MENGAMALKAN AJARAN ISLAM.
Orang
yang menghalang umat islam daripada mengamalkan ajaran islam adalah
tergolong orang-orang munafik yang amat dibenci dalam islam.Islam
menggalakkan umatnya agar sama-sama saling mengingati dengan mengamalkan
ajaran Islam secara menyeluruh.
Firman Allah s.w.t:
قُلۡ
يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ مَنۡ
ءَامَنَ تَبۡغُونَہَا عِوَجً۬ا وَأَنتُمۡ شُهَدَآءُۗ وَمَا ٱللَّهُ
بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ (٩٩)
Ertinya:
"Katakanlah
hai ahli kitab mengapa kamu menghalang-halang dari jalan Allah s.w.t
orang-orang yang telah beriman,kamu mengkehendakinya menjadi bengkok
padahal kamu menyaksikan?Allah s.w.t sekali-kali tidak lalai daripada
apa yang kamu kerjakan."
(Ali Imran:99)
33.SUKA KEPADA KESESATAN DAN MENYESATKAN ORANG.
Islam
menghendaki umatnya agar mengamalkan hidup pada jalan yang benar dalam
segala aspek sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan sunnah.Di
samping itu Islam melarang umatnya,terutama golongan yang berilmu agar
tidak menyalahgunakan ilmu yang baik untuk menipu dan menyesatkan orang
lain untuk tujuan dan kepentingan tertentu yang bertentangan dengan
suariat islam.
Setiap muslim bertanggungjawab membebaskan diri
daripada melakukan yang benar dan baik,agar tidak tergolong dalam
golongan orang-orang munafik yang suka menyesatkan orang.
Firman Allah s.w.t:
أَلَمۡ
تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبً۬ا مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِ يَشۡتَرُونَ
ٱلضَّلَـٰلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ ٱلسَّبِيلَ (٤٤)
Ertinya:
"Apakah
kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari
al-Kitab(Taurat)?Mereka membeli(memilih)kesesatan dan mereka bermaksud
supaya kamu tersesat dari jalan(yang benar)."
(An-Nisa':44)
34.BERMUKA DUA.
Sikap
bermuka dua adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafik kerana
mereka apabila diajak untuk mengikut jalan Allah s.w.t dengan sengaja
melambat-lambatkan dan tidak mahu,tetapi jika diajak pada jalan yang
dilarang Allah s.w.t,mereka cepat menanggapinya dan senang hati
mengikutnya,bahkan menjadi pelopornya.
Firman Allah s.w.t :
وَإِذَا
لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ
إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ
مُسۡتَہۡزِءُونَ (١٤)
Ertinya:
"Apabila mereka berjumpa
dengan orang-orang beriman mereka mengatakan."Kami telah beriman.'Dan
apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka,mereka
mengatakan:'Sesungguhnya kami tetap bersama kamu,kami hanya
mempermainkan mereka."
(Al-Baqarah:14)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kamu
akan menjumpai di antara hamba-hamba Allah s.w.t pada hari kiamat
kelak,orang yang bermuka dua yang mendatangi mereka ini suatu
pembicaraan dan mereka ini dengan suatu pembicaraan(lain)."
(HR.Bukhari dan Muslim)
35.MENYANJUNG DAN MEMUJI ORANG TANPA DIKETAHUI KEADAAN SEBENARNYA
Sanjungan
dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan
perkataannya.Akan tetapi sanjungan dan pujian yang baik dan ikhlas
terhadap sesama muslim adalah dibolehkan dalam islam.Namun
demikian,sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak sesuai dengan
kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam islam dan tergolong amalan
orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim.
Sesungguhnya
Allah s.w.t tidak menyukai umat islam menyanjung dan memuji orang-orang
yang ingkar kepadanya seperti orang kafir,munafik dan fasik kerana
boleh menambahkan kesombongan dan keingkaran mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t marah apabila orang fasik dipuji."
(HR.Ibnu Abiddunya dan Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu."
(HR.Muslim)
36.SOMBONG DI ANTARA SESAMA MANUSIA
Sombong
adalah perilaku yang menolak kebenaran dan eremehkan orang lain dengan
anggapan kelebihan dan kehebatan tidak dapat ditandingi.Biasanya sifat
sombong ini disebabkan oelh ilmu,ibadah dan keturunan dan kecantikan
yang dimiliki oleh seseorang yang mudah dipengaruhi nafsu.
Bersikap
sombong terhadap sesama muslim atau manusia seluruhnya adalah dilarang
dalam islam kerana ia boleh mendatangkan kebencian dan kehinaan daripada
orang lain serta amat dibenci oleh Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri."
(An-Nisa':36)
Bersikap
sombong dan membangga diri adalah amalan orang-orang munafik dan
termasuk kufur terhadap nikmat Allah s.w.t . Oleh itu,Allah s.w.t
memberi balasan azab terhadap mereka yang bersikap sombong dalam
pergaulan dengan sesama manusia.
Firman Allah s.w.t:
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡتَكۡبِرِينَ (٢٣)
Ertinya:
"Tidak
dirahui lagi bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang mereka
rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan.Sesungguhnya Allah s.w.t tidak
menyukai orang-orang yang sombong."
(An-Nahl:23)
Firman Allah s.w.t:
وَيَوۡمَ
ٱلۡقِيَـٰمَةِ تَرَى ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى ٱللَّهِ وُجُوهُهُم
مُّسۡوَدَّةٌۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى لِّلۡمُتَكَبِّرِينَ
(٦٠)
Ertinya:
"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat
orang-orang yang berbuat dusta terhdap Allah s.w.t,mukanya menjadi
hitam.Bukanlah neraka itu sebagai tempat bagi orang-orang yang
menyombong diri."
(Az-Zumar:60)
Firman Allah s.w.t:
فَٱدۡخُلُوٓاْ أَبۡوَٲبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَاۖ فَلَبِئۡسَ مَثۡوَى ٱلۡمُتَكَبِّرِينَ (٢٩)
Ertinya:
"Maka
masukilah pintu-pintu neraka Jahannam,kamu kekal di dalamnya.Maka amat
buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu."
(An-Nahl:29)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Daripada
Nabi s.a.w baginda s.a.w bersabda."Tidak akan masuk syurga seseorang
yang mempunyai sifat sombong(dihati)walaupun hanya sebesar zarah."
(HR.Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Dan
Allah s.w.t berfirman:'Kemegahan itu sarung-Ku dan kesombongan itu
adalah selendang-Ku.Barangsiapa yang memiliki(slah satu)daripada
kedua-duanya,nescaya Aku akan campakkan dia ke dalam neraka."
(HR.Muslim)
Dalam Hadith Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tiada
seorangpun berjalan dengan sombong dan menyombongkan dirinya,melainkan
dia akan bertemu dengan llah s.w.t dengan mendapat kemurkaan0Nya."
(HR.Tabari)