SHAH ALAM - Kira-kira 1,000 pengedar Natural Herbs Marketing seluruh
Malaysia termasuk Brunei, dan Indonesia diraikan dalam Majlis
Anugerah Insentif dan Redeem Natural Herbs Marketing, serta pelancaran Promosi Platinum baru-baru ini.
Pada majlis gilang gemilang di Grand Ballroom Hotel De Palma itu, seramai 100 pengedar menerima penghargaan.
Majlis dirasmikan Oleh CEO Natural herbs Marketing, Tuan Zamri Rashid.
Anugerah tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai pengedar-pengedar
yang berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan produk Natural Collagen Plus dan
produk-produk lain keluaran Natural Herbs Marketing.
Turut hadir, CEO Natural herbs Marketing,
Tuan Zamri Rashid, Marketing Director, Cikgu Ali Jusoh,
Production Director, Tuan Ismail
Yahya. Majlis juga diserikan dengan persembahan Salem, Dato Azizul Khamis
Natural Herbs Marketing adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan
dan memasarkan produk-produk pemakanan Muslim dan kegunaan harian.
Syarikat itu telah beroperasi selama 1 tahun di Jerantut, Pahang dan Subang Bestari, Selangor. Maklumat lanjut layari
www.my-naturalherbs2u.com.