SHAH ALAM - Kira-kira 1,000 pengedar Natural Herbs Marketing seluruh Malaysia termasuk Brunei, dan Indonesia diraikan dalam Majlis Anugerah Insentif dan Redeem Natural Herbs Marketing, serta pelancaran Promosi Platinum baru-baru ini.
Pada majlis gilang gemilang di Grand Ballroom Hotel De Palma itu, seramai 100 pengedar menerima penghargaan.
Majlis dirasmikan Oleh CEO Natural herbs Marketing, Tuan Zamri Rashid.
Anugerah tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai pengedar-pengedar yang berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan produk Natural Collagen Plus dan produk-produk lain keluaran Natural Herbs Marketing.
Turut hadir, CEO Natural herbs Marketing, Tuan Zamri Rashid, Marketing Director, Cikgu Ali Jusoh, Production Director, Tuan Ismail Yahya. Majlis juga diserikan dengan persembahan Salem, Dato Azizul Khamis
Natural Herbs Marketing adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk-produk pemakanan Muslim dan kegunaan harian.
Syarikat itu telah beroperasi selama 1 tahun di Jerantut, Pahang dan Subang Bestari, Selangor. Maklumat lanjut layari www.my-naturalherbs2u.com.
